Wednesday 15 February 2017

Skudai – Impian Emas.

Skudai – Impian Emas.

Skudai merupakan bandar university yang terletak di daeradh Johor Bahru. Skudai terletak sepenuhnya jaga tadbiran oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT). Lokasi nya terletak 16kilometer dari bandaraya Johor Bahru. Skudai dalam rancangan KORIDOR PEMBANGUNAN BARU di kawasan barat daya Johor, yang merangkumi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, pelabuhan Tanjung Pelepas dan pusat pentadbiran negeri Johor yang terkini.

Skudai menjadi tumpuan golongan muda dan pelawat luar disebabkan adanya kampus Universiti Teknologi Malaysia dan Kolej Selatan. Ini memberi peluang kepada peniaga-peniaga berniaga di kawasan sekitar Skudai. Dalam menampung permintaan penduduk setempat pihak kerajaan negeri pelabur luar membuka pusat-pusat membeli-belah seperti Skudai Parade, AEON Taman Universiti, KIP mart, Skudai Mall, The Store di Taman Ungku Tun Aminah, Sutera Mall di Taman Sutera Utama, U Mall di Taman Pulai Utama dan sebagainya. Selain itu, syarikat pemaju perumahan membuka penempatan baru di skudai seperti Taman Mutiara Rini, Taman Impian Emas, Sri Skudai. Taman Sri Pulai, Taman Sutera dan Setia Tropika. Ini bagi menampu keperluan penduduk setempat negeri Johor yang semakin pesat.

Kini, Kemayan City telah dirancang untuk menjadi sebuah pusat membeli-belah bersepadu dan projek pembangunan komersial dengan 770,000 kaki persegi dengan ruang runcit di Johor Bahru. Kemayan City akan diubahsuai dan dibangunkan semula sebagai sebuah pusat membeli-belah kontemporari yang dikenali sebagai Paradigm Mall Johor Bahru bermula awal 2014 dan dijangka siap pada tahun 2015.




Pemandangan Skudai Parade.




Pusat Perindustrian BIZHUB, Skudai 8.




Persekitaran Universiti Teknologi Malaysia.



No comments:

Post a Comment