Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. masih ada ibubapa yang tidak begitu prihatin tentang keselamatan anak-anak semasa berada di dalam kereta. Malah ada lagi ibubapa yang tidak tahu pun bahawasanya sangat bahaya membiarkan anak-anak kecil anda duduk di dalam tempat duduk kanak-kanak yang diletakkan di tempat duduk hadapan kereta.
Apabila brek ditekan, badan akan secara automatik ke hadapan. Jadi risiko untuk terhantuk ke bahagian depan kereta ataupun cermin adalah tinggi bagi penumpang yang duduk di hadapan. Hal ini berlainan dengan pemandu kerana pemandu yang menekan brek tersebut jadi mereka mungkin dapat mengawal keadaan diri mereka.
|
Sumber : Google |
Di sinilah kepentingan pemasangan beg udara, dapat dilihat kebanyakan kereta sudah pun dilengkapi dengan beg udara. Namun begitu, beg udara yang mengembang secara tiba-tiba itu boleh mengakibatkan kecedaraan kepada kanak-kanak. Kerana itulah tempat duduk kanak-kanak dan bayi sepatutnya diletakkan di tempat duduk belakang kereta bukannya di hadapan !
|
Sumber : Google |
Pastikan bayi atau kanak-kanak sentiasa diikat dengan kemas dan selamat di dalam tempat duduk bayi atau kanak-kanak. Begitu juga dengan tali pinggang keledar, ia mestilah dipasang dengan kemas dan sempurna pada tempat duduk yang digunakan. Ini amat penting bagi menjamin keselamatan anak-anak anda di dalam kereta.
Kanak-kanak juga tidak boleh ditinggalkan sendirian di dalam kereta. Bahaya jika mereka ditinggalkan dengan keadaan enjin kereta dihidupkan, kereta boleh bergerak tanpa kawalan. Lebih bahaya jika enjin tidak dihidupkan, suhu boleh meningkat dengan mendadak dan boleh menyebabkan anak-anak lemas.
Ingat! Keselamatan anak anda adalah tanggungjawab anda. Sama-sama lah kita mengurangkan risiko kemalangan serta memelihara keselamatan diri serta seluruh ahli keluarga.
Kereta Sewa Impian Emas JB
014-6431012